PC aNd PeNa
Thursday, November 06, 2003
 
VCD MELAYU

nih aku nak bagitau producer nak untung segera yang buat series of malay VCDs yang tak berkualiti.. aku rasakan aku patut bersuara sebab kualiti yang diharapkan sangat menyedihkan... aku layak bercakap sebab banyak dah yang aku beli.. original pulak tuh... tapi ceritanya sangat tangkap muat.. asal siap.. plot tak kemas, script tak bagus, scene lompat-lompat, edit cerita tak bagus... sampai aku rasakan aku pun boleh jadi producer vcd kalau setakat nak cakap "cut" and "action"... SANGAT MEMALUKAN!!

aku rasakan buat VCD nih boleh masuk kategori macam buat journal, u do something for others to view, to watch, to enjoy... macam aku, aku tahu kualiti journal aku masih lemah.. aku tak berani nak reveal add aku dekat orang lain... aku malu.. malu pada kejahilan diri sendiri.. malu pada sikap ignorant aku dalam mendalami ilmu komputer and journal ni...

tapi aku rasa, producer-producer VCD melayu tuh tak tau malu.. tak reti menilai seni dan sastera perfileman.. aku penggemar filem.. aku peminat sastera... aku suka seni... aku suka menonton cerita ... sebutlah apa cerita pun.. tapi MEREKA.. producer-producer tak bertanggung jawab nih memunahkan minat aku... minat aku dah kurang... aku sedih kenapa ada manusia yang mengenepikan seni dan sastera dalam filem semata-mata kerana untung... kini aku melihat cerita melayu untuk membantu aku tidur... menyedihkan....

banyak cerita yang aku tonton.. Champion, Laukku Cukup Masin, Mak Aku Bini Aku, Kampung Meletup, Sapa Tak Sayang Bini 1 & 2, Enot 3 VCD lah pulak, Aku Kaya 1 & 2... banyak lagi lah kalau nak disenaraikan...

dan kualiti mereka sangat teruk!!! Pelakon Champion berbakat tapi diserahkan pada producer yang nak kutip untung cepat.. Apek senario dan sahabat memang berbakat tapi garapan cerita memalukan...

Laukku Cukup Masin sangat tak boleh diharapkan.. dan aku dengar penuh crisis...mungkin mengejar publisiti murahan untuk melakukan cerita...

Enot 3 VCD lah Pulak .. sangat BOSAN dengan lawak slapstik pekak dan bodoh manusia.. mana ada orang yang sebegitu gedik dan penghasut macam Tonah tu? mana ada orang dewasa ke pekan pakai baju cowboy siap bertopi?

Ada juga cerita VCD melayu yang ok.. Air Mata Ibu (or kasih Ibu?Aku pun lupa tajuk tapi yang ada lagu CT Nurhaliza yang tu jer dipasangkan for the whole film..), aku nampak effort pengarah yang cuba hasilkan cerita yang bagus..

ada beberapa lagi cerita yang aku belum tengok... mungkin minat aku boleh meningkat semula kalau ceritanya bagus.. atau mungkin minat aku padam sepenuhnya untuk membeli mana-mana VCD melayu original lagi kalau kualitinya tetap sama...
Thursday, October 30, 2003
 
Pemergian

Hari ni hari terakhir pemimpin Malaysia kini, Dr M bertugas... lepas pukul 5.00 petang nanti, Dr M turun takhta...

Bagaimana nasib Malaysia di tangan pemimpin baru?

Kita tunggu, lihat, tengok dan perhati.....
Wednesday, October 29, 2003
 
Ramadhan

Ramadhan datang lagi.. teringat hari raya..tak sabar aku nak dengar lagu-lagu raya berkumandang di radio... aku selalu terfikir, kenapa lagu-lagu raya hanya glamour menjelang hari raya aje? Kenapa radio tak mainkan lagu raya time nak christmas ker...

Tapi aku rasa itu adalah salah satu taktik nak mengekalkan evergreen sesebuah lagu.tak nak biarkan public bosan.. sebab selalunya apa yang di dengar berulang-ulang ni lama kelamaan mendatangkan kebosanan..


Buta IT

Aku rasa tahap buta IT aku sangat teruk.. aku dah jumpa satu free guestbook from weblog Tok Rimau tapi dah berkali-kali aku try masukkan dalam setting template aku... macam-macam cara... tak keluar-keluar jugak... aku nih... buta IT ke buta hati haaa?

Tuesday, October 07, 2003
 
PEMALAS

Lama dah aku tak menulis dalam log aku ni... dah ada log tapi jadi pemalas pulak nak tulis.. dulu time tak ada log sendiri tergedik-gedik nak buat satu.. tapi bila aku pikir-pikir balik, bagus jugak jadi pemalas ni. Senang hati... tak payah risau pasal apa-apa.. Diri tak penat dan tak ada orang hargai pun tak ape..

Cuba bayangkan kalau kita jadi orang yang rajin... zaman teknologi sekarang ni, ada ke orang yang hargai??? Ada ke orang yang nak ucapkan terima kasih pada kita? Kalau ada pun, semestinya orang itu mengharapkan balasan apa-apa atau setidak-tidaknya hendal membodek.. bukan begitu? Bukan aku menjadi prejudis pada manusia lain.. tapi telah banyak kesakitan hati yang aku alami hanya kerana aku menjadi seorang yang rajin sebelum ini.. Rajin sapu sampah, rajin kemas bilik, rajin masak... tapi akhirnya, sampah tetap bertaburan sebab housemate aku yang lain kurang sikit sifat pembersihnya, bilik aku macam kapal pecah jugak sebab housemate lain datang lepak tengok TV, adik aku tetap complaint aku masak tak sedap walaupun aku telah merajinkan diri untuk masak...

So, di mana baiknya menjadi seorang yang rajin dalam konteks masa kini? Bukan aku membuat sesuatu untuk dihargai, jauh sekali untuk meminta penghargaan sesiapa.. tapi sekurang-kurangnya ada orang untuk sama-sama meneruskan kerajinan aku... tapi, sekarang, sifat rajin aku dah terbantut... aku sekarang dah jadi malas... malas sapu sampah, malas kemas bilik dan malas memasak, malas update log... hemmm pemalasnya aku....

KERUSI


hari nih aku tulis satu post dalam GJ pasal kerusi.. bukan buka topik baru tapi aku sambung menyampuk dalam topik sendawa... lepas tuh, zareda and adk77 complaint dari topik sendawa dah jadi bab kerusi.. hehe... sorry laa geng.. aku memang tak perasan skit... anyway, nih posting aku pasal kerusi sebagai penguat ekspresi kepada perlakuan manusia.


"hemm.. bercakap pasal kerusi yang berperanan dalam menggambarkan kegembiraan, kesedihan atau betapa terkejutnya seseorang, aku pun rasa kerusi nih memainkan peranan utama dalam menggambarkan ekspresi seseorang... kerusi selalunya dijadikan subjek penguat sesebuat cerita contohnya gelak sampai jatuh kerusi, terkejut sampai patah kerusi atau menangis sedih sampai basah kerusi(ada ker??)..

soalnya, kenapa kerusi dan bukan item lain? aku rasa pasal dalam kehidupan seharian, kerusi ialah benda utama yang kita perlukan(aku sebutkan benda tadi).. selain makanan dan pakaian lah.. mcm dekat pejabat, ada kerusi, dalam bilik ada kerusi dan dekat mana-mana pun ada kerusi hatta dekat taman-taman dan kereta pun ada kerusi. dan banyak masa kita habiskan atas kerusi... so, tak lah dapat dielakkan lagi penggunaan kerusi ini sebagai subjek penguat dalam menunjukkan ekspressi perlakuan seseorang... "

Aku suka betul tengok kerusi ukir yang cantik-cantik dekat kedai perabot.. dari kecik aku suka test-test duduk atas kerusi yang cantik-cantik nih.... aku pun pernah buat karangan pasal saya sebuah kerusi..tapi, bayangkan kalau betul aku jadi kerusi, tentu sakit kena hempap!!


Wednesday, October 01, 2003
 
TRIAL

nih first time aku start buat web log.. sebelum nih aku banyak membaca sahaja journal-journal penulis Malaysia macam Mat Jan, Toksik, Rudi, Pujangga etc. Sebenarnya semua itu telah membantu aku memikirkan cara yang paling bagus untuk aku meluahkan perasaan dan mengembangkan bakat penulisan aku... Aku terasa nak share my happiness and sadness dengan readers yang sudi baca writings aku... mungkin satu hari aku boleh dapat title Sasterawan Negara.. siapa tahu, kan? orang kata, sesuatu benda takkan terjadi tanpa khayalan...

Sub- title pertama aku namakan TRIAL... kira macam permulaan lah... since aku orang technical, kalau ada sesuatu project baru masuk, akan ada Trial Production, Review dan kemudian barulah ada Mass Production... so, aku kategorikan web aku yang mula-mula ni sebagai Trial Period aku...

SELAMAT MEMBACA..


Powered by Blogger